Wednesday, May 9, 2012

Puluhan ribu belia Sabah menggangur

KOTA KINABALU - Puluhan ribu belia Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung dan luar negara mencari pekerjaan ekoran kepincangan ekonomi di negeri ini, kata Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul(kiri).

Katanya, para belia itu tidak ada pilihan lain kecuali keluar dari negeri ini mencari pekerjaan di seberang laut luar kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi.


"Lebih 60,000 belia di Sabah telah dikenal pasti masih lagi menganggur. Ramai daripada mereka ini telah pergi ke Semenanjung Malaysia atau luar negara mencari pekerjaan.

"Apa yang menyedihkan ialah sebahagian daripada mereka itu terpaksa hidup merempat apabila gagal mendapat sebarang kerja.

"Ada diantara mereka bergantung hidup di atas ehsan NGO bagi mendapatkan sesuap nasi malah segelintir daripada mereka terpaksa tidur dikaki lima kerana tidak ada tempat berteduh," katanya.
Beliau berucap pada majlis perhimpunan belia SAPP Kota Kinabalu yang telah diadakan pada ahad lalu di Likas.

Hadir sama Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Naib Ketua Pemuda SAPP Jamain Sarudin (kanan) serta Ketua-Ketua Pemuda SAPP Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Api-Api, Kepayan, Moyog, Petagas, Tanjung Aru, Inanam, Karambunai, Luyang dan Likas.

Turut hadir, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen (MP) Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong dan Bendahari Agung SAPP Dullie Marie.

Tidak ketinggalan, Ketua Wanita SAPP merangkap ADUN Luyang Melanie Chia, MP Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah dan barisan Ahli Majlis Tertinggi SAPP serta para pemuda SAPP. 

Edward berkata, kerajaan negeri Sabah pada satu ketika dahulu pernah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat isu belia yang merempat di Semenanjung.

"Bagaimanapun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang langkah diambil untuk menyelesaikan masalah itu. Lebih buruk lagi ialah semakin ramai belia Sabah merempat di Semenanjung. 

"Nampaknya, kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang ditunjangi UMNO pada hari ini tidak peduli akan nasib malang yang menimpa belia Sabah itu malah telah gagal menyediakan pekerjaan mencukupi untuk generasi muda ini," katanya.

Menyentuh mengenai politik semasa, Edward berkata, BN Sabah kini mulai gentar akan kebangkitan SAPP yang tidak pernah jemu memperjuangkan nasib rakyat segenap lapisan. Dapat dilihat bendera yang SAPP pasang diluar bangunan telah dicabut dan dirampas oleh pihak yang berkuasa, tetapi bendera yang dipasang oleh Umno BN di tepi jalanraya putatan dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, BN mula menyedari akan kekuatan SAPP yang boleh menumbangkan mereka pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

Edward berjanji segala kepincangan dalam pentadbiran kerajaan BN Sabah akan diperbetulkan apabila SAPP mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selepas memenangi pilihanraya umum nanti.

43 comments:

  1. Banyak pasal mereka terlalu memilih kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ingat pasal mereka graduate dari universiti jadi tidak sanggup mengambil kerja yang terlalu rendah gaji. Saya pun graduate universiti tetapi juga perlu bermula dari jawatan kecil, sekarang sudah kira bagus. Kalau saya tidak mengambil peluang ini disebabkan gaji rendah, saya tidak akan ada pencapaian seperti sekarang.

      Delete
    2. Banyak kerja di sabah, cuma mungkin mereka ingin mencari pengalaman di semenanjung.

      Delete
    3. krja mmg bnyk p kadar gajinya sama ngan org yg pkai pasport,kami anak sabah, ni tanah kami napa lak kami mo ngemis d tanah sendri.... guna akalmu jgn guna otak jak....

      Delete
    4. krja mmg bnyk p kadar gajinya sama ngan org yg pkai pasport,kami anak sabah, ni tanah kami napa lak kami mo ngemis d tanah sendri.... guna akalmu jgn guna otak jak....

      Delete
  2. If they are not chasing over material things, I dont think this issue will come up.

    ReplyDelete
  3. Gunakan la segala peralatan yang diberi untuk mencari kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laman web pencari kerja juga ada update yang kerap. Carilah di Sabahjobhunt, Sabahjobcentre, Jobstreet.com dan lain-lain. Punya banyak laman web yang ada pengiklanan pekerja.

      Delete
    2. Betul, kan banyak juga di Mudah.com tu.

      Delete
    3. Banyak cara untuk mencari pekerjaan, hari2 banyak peluang kerja.

      Delete
  4. Setiap hari ada iklan pengambilan pekerja di surat khabar, pemuda kita ini mesti tidak membaca surat khabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tidak membaca mungkin rasa diri tdk cukup pengalaman.

      Delete
    2. Memang banyak iklan pengambilan pekerja tapi kadang2 mereka ni memilih juga. ada yang cari pekerjaan berdasarkan kelulusan yang mereka perolehi.

      Delete
  5. Jangan katakan tiada pekerjaan di Sabah selagi belum mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba dan terus mencuba. pasti akan dapat:)

      Delete
  6. Golongan belia ni ramai yang suka merantau. Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman. itulah salah satu sebabnya ramai antara mereka yang berhijrah ke luar negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak peluang pekerjaan yang di tawarkan di Kl, jadi mereka ambil peluang lah..

      Delete
    2. Bukan tu saja, kadang2 mereka ikut ajakan kawan untuk bekerja di semenanjung.

      Delete
  7. Salah satu juga sebabnya ialah gaji di Sabah ni rendah sangat. kalau di SM kerja kilang pun boleh dapat 2k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab utama lah tu..jadi mengatakan bahawa tiada pekerjaan kosong ditawarkan di sabah adalah karut..mengatakan bahawa kerajaan gagal mewujudkan peluang pekerjaan juga karut...

      Delete
  8. begitu byk kerja di Sabah ni.. mereka itu yang memilih kerja. mereka yang bekerja di SM tu bukan apa, mereka cuma nak merasa tinggal kat SM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai antara mereka barangkali mahu popular saja di kampung bah...habis kerja di KL konon...dapat naik kapal terbang...

      Delete
    2. Ada yang boleh berjaya kat situlah, tetapi lagi banyak yang menjadi squatter di SM kerana gagal mendapat pekerjaan. Sebab ingatkan rumput di seberang lebih hijau.

      Delete
    3. Betul tu! Memang ada orang kita yang mahu kerja di SM supaya nampak lebih gah padahal lebih kurang saja kerjanya di Sabah.

      Delete
  9. peluang pekerjaaan di Sabah dah makin byk, projek2 seperti Samur, SOGT pelancongan, agropolitan pasti akan mewujudkan beribu peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Now its up to the jobseeker to make an effort applying for the job there.

      Delete
    2. Belum cuba, belum tahu.

      Delete
    3. memang banyak tapi bila kita pegi minta dia tanya ada pengalaman kah?,tapi yang musykilnya kalau PTI pegi minta terus saja dapat terutama nya sebagai juru kimpal sedangkan yang memohon kerja dari warga tempatan mempunyai sijil kimpalan,manakala PTI nama dan style kimpalan pun tidak tahu dapat kerja.jadi semua cakap manteri bahawa banyak kerja si sumur,sogt semuanya tahi tasu saja

      Delete
  10. Katanya, BN mula menyedari akan kekuatan SAPP yang boleh menumbangkan mereka pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.


    jadi apalah konon tu kekuatan SAPP??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduina..tolonglah. Mau terketawa pula saya baca.

      Delete
    2. ko ada dngar masalah tanah yg drampas kah?napa sabah xda kilang sdangkn sabah ni negri yg ada sgalanya,napa?ini smua jdi bab bn n umno,hasil negri abis dtlan,abis belia sabah g SM bab bn nak tau napa bab bn tu BUANG NEGERI.....

      Delete
  11. kalau kekosongan dalam kerajaan memang lah sikit dan susah sikit mahu tembus, tapi kalau swasta banyak bah...buka saja portal kerja kosong berlambak tu jawatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. swasta memang ada banyak kerja. rezeki di mana2 dan tetap ada, cuma lambat atau cepat saja

      Delete
    2. Umur pencen patut bukan 60 tahun. Bagi peluang sama yang muda untuk berkhidmat.

      Delete
  12. mungkin mereka berhijrah atas kerelaan dan pilihan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  13. There are some who just want to experience living in other places other than sabah.

    ReplyDelete
  14. Kadang2 perlu juga flesible.. tapi terserah kepada belia2. Pilihan di tangan sendiri.

    ReplyDelete
  15. Pengganguran ini adalah disebabkan kita yang memilih kerja.

    ReplyDelete
  16. Kita tidak boleh juga salahkan kerajaan. Mungkin kerelaan hati mereka merantau ketempat orang lebih baik. Maka kita harap mereka akan dapat menfaat daripada keputusan yang mereka buat.

    ReplyDelete
  17. belia menganggur bukan di sebabkan oleh kerajaan.. kenapa ramai belia di negeri ini boleh survive jika benar tidak ada peluang pekerjaan di negeri ini??

    ReplyDelete
  18. masalah utama para belia ialah bukan pekerjaan, sebaliknya ilmu pengetahuan dan kemahiran.. tidak perlu SAPP memperjuangkan isu ini sedangkan mereka juga gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sebelum ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KTA jgn slahkn sapp dlm hal ni p kta blajar dri silap kita,sapa yg pilih krajaan?kita kan,apa kata kali ni kita tukar baju... slma bn yg dtunjangi umno memerintah apa yg kita ada dlu, d ambil,hidup mkin susah,brg mkin naik, blajarlah dri silap jgn cari silap org.. guna akalmu tuk menilai, tu yg bezakn org ngan manusia broooo!!!!!

      Delete
    2. banding dengan dulu, hidup saya makin senang bro.. kalau SAPP memerintah, harga barang akan turun?? turun sampai paras mana tu dan sampai bila kerajaan SAPP mampu memberikan harga murah?? sampai kiamat?? sebab belajar dari kesilapan la jangan undi SAPP..

      Delete