Thursday, November 10, 2011

SAPP sumbang kereta jenazah

KOTA KINABALU, 7 Nov 2011: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa kerajaan menaikkan kuota haji bagi negeri Sabah.
Naib Presidennya, Jaafar Haji Ismail berkata, kuota itu perlu diberi lebih kuota kerana ramai penduduk di negeri ini ingin menunaikan ibadah itu.

"Malangnya, banyak kuota yang diberi itu telah dirampas parti-parti politik pemerintah seperti UMNO sehingga menyebabkan mereka yang layak tersisih.


"Lebih menyedihkan lagi ialah terdapat ramai umat Islam di negeri ini yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum nama mereka tersenarai sebagai jemaah.

"Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa para Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Ketua Kampung akan diberi keutamaan dan bantuan untuk menunaikan fardhu haji pada tahun hadapan bakal menambah masalah kepada perkara ini kerana bakal menyebabkan lebih ramai umat Islam terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk menunaikan ibadah itu," katanya.

Beliau berucap merasmikan majlis penyerahan kereta jenazah sumbangan SAPP kepada para penduduk Likas di Kampung Chenderamata II di sini.
Kereta jenazah itu disampaikan oleh Wakil Urusan Aulis Auto Sdn. Bhd. 

Majlis penyerahan itu di saksikan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee, Penasihat parti Datuk Mohd Noor Mansur, Ahli Parlimen Sepanggar selaku Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Ahli Dewan Undangan Negeri Likas selaku Timbalan Presiden Datuk Liew Teck Chan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang Melanie Chia.

Hadir sama, Bendahari Agung Durie Haji Marie, Naib presiden Don Chin ,Ahli Majlis Tertinggi selaku Pengerusi Penganjur Majlis Mulkaseh Haji Renda dan Penolong Setiausaha Agung Suaib Mutalib.

Mulkaseh berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengurus kereta jenazah itu agar dapat memberi manfaat kepada para penduduk tidak kira bangsa atau fahaman politik.

15 comments:

  1. Harap kereta jenazah ini berguna untuk rakyat tempatan.

    ReplyDelete
  2. Bagus. tapi harap ini bukan soal politik.

    ReplyDelete
  3. Harap kuota untuk Umat Islam menunaikan ibadah akan diluluskan kepada mereka yang layak.

    ReplyDelete
  4. good. do it because u genuinely wanna help and not because ge is coming.

    ReplyDelete
  5. all the best in the election

    ReplyDelete
  6. Kereta jenazah untuk kegunaan semua atau golongan tertentu sahaja?

    ReplyDelete
  7. teruskan usaha membantu dan menyumbang kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. mahu menunaikan haji pun susah juga ya. mungkin perlu perbaiki lagi pengurusan dan tambahkan kuota seperti yang dicadangkan oleh SAPP.

    ReplyDelete
  9. kalau mahu didahulukan, rancanglah dan daftarlah lebih awal..

    ReplyDelete
  10. kuota haji telah disepakati oleh semua negara OIC, berdasarkan nisbah 0.1% daripada jumlah penduduk negara Malaysia seramai 28 juta orang.. kalau berdasarkan penduduk Sabah, cuba kira la sendiri..

    ReplyDelete
  11. baguslah..harap ianya dilakukan dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  12. ok la ne..tapi harap ini bukan semata2 tujuan politik sahaja... perlu ikhlas..

    ReplyDelete
  13. Harap cadangan ini akan dapat di laksanakan..

    ReplyDelete
  14. Jika mau mendapat tempat..segera daftar..

    ReplyDelete