KOTA KINABALU, 7 Nov 2011: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa kerajaan menaikkan kuota haji bagi negeri Sabah.
Naib Presidennya, Jaafar Haji Ismail berkata, kuota itu perlu diberi lebih kuota kerana ramai penduduk di negeri ini ingin menunaikan ibadah itu.
"Malangnya, banyak kuota yang diberi itu telah dirampas parti-parti politik pemerintah seperti UMNO sehingga menyebabkan mereka yang layak tersisih.
"Lebih menyedihkan lagi ialah terdapat ramai umat Islam di negeri ini yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum nama mereka tersenarai sebagai jemaah.
Beliau berucap merasmikan majlis penyerahan kereta jenazah sumbangan SAPP kepada para penduduk Likas di Kampung Chenderamata II di sini.
Kereta jenazah itu disampaikan oleh Wakil Urusan Aulis Auto Sdn. Bhd.
Majlis penyerahan itu di saksikan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee, Penasihat parti Datuk Mohd Noor Mansur, Ahli Parlimen Sepanggar selaku Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Ahli Dewan Undangan Negeri Likas selaku Timbalan Presiden Datuk Liew Teck Chan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang Melanie Chia.
Hadir sama, Bendahari Agung Durie Haji Marie, Naib presiden Don Chin ,Ahli Majlis Tertinggi selaku Pengerusi Penganjur Majlis Mulkaseh Haji Renda dan Penolong Setiausaha Agung Suaib Mutalib.
Harap kereta jenazah ini berguna untuk rakyat tempatan.
ReplyDeleteBagus. tapi harap ini bukan soal politik.
ReplyDeleteHarap kuota untuk Umat Islam menunaikan ibadah akan diluluskan kepada mereka yang layak.
ReplyDeletegood. do it because u genuinely wanna help and not because ge is coming.
ReplyDeleteall the best in the election
ReplyDeleteKereta jenazah untuk kegunaan semua atau golongan tertentu sahaja?
ReplyDeleteGood effort.
ReplyDeleteteruskan usaha membantu dan menyumbang kepada rakyat.
ReplyDeletemahu menunaikan haji pun susah juga ya. mungkin perlu perbaiki lagi pengurusan dan tambahkan kuota seperti yang dicadangkan oleh SAPP.
ReplyDeletekalau mahu didahulukan, rancanglah dan daftarlah lebih awal..
ReplyDeletekuota haji telah disepakati oleh semua negara OIC, berdasarkan nisbah 0.1% daripada jumlah penduduk negara Malaysia seramai 28 juta orang.. kalau berdasarkan penduduk Sabah, cuba kira la sendiri..
ReplyDeletebaguslah..harap ianya dilakukan dengan ikhlas.
ReplyDeleteok la ne..tapi harap ini bukan semata2 tujuan politik sahaja... perlu ikhlas..
ReplyDeleteHarap cadangan ini akan dapat di laksanakan..
ReplyDeleteJika mau mendapat tempat..segera daftar..
ReplyDelete