Wednesday, October 5, 2011

Pemuda SAPP selamatkan surau dari roboh

BONGAWAN, Okt 5, 2011: Program amal Parti Maju Sabah melalui sayap Pemudanya bersama pemimpin setempat terus diadakan.

Kali ini Pemuda SAPP telah berkesempatan membantu penduduk kampung membaiki keadaan surau Kg. Jawa, Ulu Papar di dalam kawasan DUN N.23 Bongawan yang condong akibat struktur tanah yang lemah selain faktor usia surau tersebut.

Tindakan segera Pemuda ini telah menyelamatkan surau kampung tersebut daripada tumbang menyembah bumi.

Jamain Sarudin, Setiausaha Penganjur Pusat yang juga Naib Ketua Pemuda Kebangsaan berkata Pergerakan Pemuda telah menerima aduan penduduk kampung 2 minggu lalu, dan meminta kerjasama PZM kawasan berkenaan untuk memantau dan mengkaji keperluan surau bagi memudahkan khidmat bantuan dilaksanakan.

Bagaimanapun setelah mendengar laporan penduduk beliau amat terkejut apabila dimaklumkan telah membuat permohonan kepada wakil rakyat berkenaan lebih 2 tahun lalu tetapi sehingga sekarang belum diambil perhatian. Menurutnya lagi Pemuda mengambil pendekatan "Dengar, Lihat dan Selesai" melalui program tersebut.

Pak Dollah mantan Ketua kampung berkenaan berkata permohonan yang dibuat sudah basi dan tiada tindakan serta lawatan dilakukan oleh wakil rakyat mahupun pegawai-pegawainya.

Oleh itu, beliau telah meminta bantuan daripada Pergerakan Pemuda SAPP.

Menurut Dollah lagi keadaan membimbangkan surau tersebut akan runtuh bertambah serius semasa mengerjakan ibadah tarawih pada bulan ramadhan tahun ini.

Bagaimanapun disebabkan tiada alternatif lain setelah permohonan mereka terus dipandang sepi oleh wakil rakyat, maka mereka terpaksa menggunakan juga surau tersebut. Setiap kali mengerjakan solat mereka redha meskipun seperti telur dihujung tanduk.

Jamain yang kesal dengan keadaan itu berkata adalah sepatutnya wakiil rakyat yang mempunyai kakitangan yang ramai telah membuat pemantauan dan membantu segera penduduk kampung tersebut.

Beliau bersama dengan Naib Presiden SAPP En. Jaafar Hj Ismail dan Naib Pengerusi CLC Bongawan En. Jamil William Corie serta beberapa AJK CLC telah bersama-sama bergotong royong bersama penduduk dan pemuda setempat.

En. Jamil telah mendermakan simen dan batu pasir bagi membolehkan tiang surau itu diperkuatkan. Sementara Jaafar mendermakan kayu untuk mengganti tiang yang reput.

Usaha Pemuda SAPP dan pemimpin setempat ini kemudiannya diraikan di dalam majlis jamuan cara kampung.

Menurut Jamain lagi program gotong royong ini sebenarnya dapat memupuk perhubungan dan jalinan baik diantara pemimpin dan penduduk setempat.

12 comments:

  1. Good job, keep it up.

    ReplyDelete
  2. Amazing... others should follow the effort as an example.

    ReplyDelete
  3. Thanks to them and God Bless.

    ReplyDelete
  4. bgslah jika surau tersebut dpt diperbaiki.

    ReplyDelete
  5. Continue the good effort.

    ReplyDelete
  6. kerja2 sosial macam ni perlu dilakukan berterusan.

    ReplyDelete
  7. mungkin lebih baik lagi jika SAPP bagi bantuan untuk membangunkan surau yang lebih bagus dari ini.

    ReplyDelete
  8. baguslah, harap surau yang usang akan dapat dibaiki..

    ReplyDelete
  9. bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..

    ReplyDelete
  10. macam mana tu program 'Radio' Sabah TV?Tak panas lagi sikarang?
    Apa dah jadi?
    Sekejap ada sekejap nada!

    ReplyDelete
  11. Betul juga, Anak Kampung. Kalau kamu tidak bangkitkan, saya pun dah lupa pasal Radio Sabah TV.

    ReplyDelete
  12. Great blog- really enjoyed reading it. Have bookmarked you and will check back regular. Please feel free to take a look at my blog...
    Cheap Flights to Koh Samui
    Cheap Flights to Penang
    Cheap Flights to Nanjing

    ReplyDelete