Tuesday, April 26, 2011

SAPP Belia solidariti gesa kerajaan batal empangan Tambatuon, Kaiduan

KOTA KINABALU, April 26, 2011: Badan bertindak Solidariti Belia Sabah (BERTINDAK) menggesa kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman membatalkan pembinaan empangan Kg Tambatuon Kota Belud dan empangan Kg Kaiduan Papar kerana jika pembangunan yang kerajaan telah rancangkan itu diteruskan juga dikhuatiri akan menindas rakyat khususnya pemusnahan ekosistem dikawasan terbabit.

Pengerusi badan bertindak Solidariti Belia Sabah (BERTINDAK) Stephan Gaimin 38, menyatakan demikian kepada media ketika mengetuai beberapa belia mengadakan demonstrasi protes secara aman dikawasan jalan susur masuk ke perkarangan Dewan Undangan negeri (DUN) Sabah pada Isnin.
Gaimin menegaskan, jikalau keputusan pembatalan loji janakuasa arang batu di Sinakut Lahad Datu oleh kerajaan beberapa bulan lalu dapat dilakukan kerana mengambilkira keselamatan penduduk persekitaran nya daripada bahaya pencemaran alam persekitarannya.

Tambahnya lagi, mengapa pula masalah pembinaan empangan yang bakal memusnahkan sumber kehidupan penduduk dikawasan terbabit tidak diambil perhatian serius untuk pertimbangan kerajaan sedangkan rakyat dikawasan terbabit sebelum ini rata rata sudah menyatakan penentangan hasrat kerajaan itu.

"Pembatalan janakuasa arang batu di Sinakut pun menjadi suatu kelalaian kerajaan kerana ia seharusnya dilakukan lebih awal, tetapi terpaksa memakan masa tiga tahun cukup lama, malah bayangkan juga berapa banyak masa dan wang ringgit yang telah digunapakai," tegas Gaimin.

Dalam pada itu, Gaimin menjelaskan bahawa Solidariti belia sabah sebelum ini telah pun menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah setahun lalu, namun hampa tidak ada tindakan positif daripada Menteri yang bertanggungjawab ( Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah).

Tambah Gaimin, malahan Solidarity Belia Sabah diberi kata-kata peribahasa kesat daripada seorang daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan menyatakan, "Jika anda mahu mengeringkan kolam ikan, haruskah anda meminta izin kepada katak di dalam kolam,. Apabila ditanya apakah 200 orang yang terlibat di Kg Kaiduan adalah katak, dengan sinis beliau menjawab apa boleh buat?" katanya sambil yakin bahawa kata kata itu menguatkan keyakinan mereka bahawa kerajaan tidak mempunyai niat untuk membatalkan projek pembinaan empangan disitu.

Namun matlamat sebenar demonstrasi protes secara aman oleh solidariti Belia Sabah mengesa kerajaan agar lebih serius untuk membatalkan pembinaan Empangan Kaiduan di Papar dan Empangan Tambatuon di Kota Belud berdasarkan kebimbangan rakyat akan berlaku kemusnahan serius terhadap ekosistem di situ secara jangka panjang.

Oleh: STEPHEN GAIMIN

22 comments:

  1. Just cancel the proposal if the people doesn't want it.

    ReplyDelete
  2. Kenapa bawa 6 orang saja?ini mcm mau p main futsal atau memancing saja...ketawa tu YB2 nampak huhu...

    ReplyDelete
  3. jika penduduk tidak setuju,lebih baik batalkan saja.

    ReplyDelete
  4. pekara ini harus dipertimbangkan dengan sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. kajian yang teliti dan mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan dibuat.

    ReplyDelete
  6. empangan tersebut sebenarnya ada kebaikannya jg bagi memudahkan sistem pengairan untuk penanaman padi. tapi kerajaan juga kena mendengar suara rakyat dan pastikan kepentingan mereka tidak terjejas.

    ReplyDelete
  7. The only reason government wanted to implement it is to benefit the people.

    ReplyDelete
  8. But of course it is important for the government to listen to the people's voice. People first!

    ReplyDelete
  9. ini adalah usaha baik kerajaan untuk penduduk tetapi mendatangkan kesan yang tidak baik dalam jangka panjang.

    ReplyDelete
  10. membazir wang saja jika empangan ini sudah dibina tetapi akhirnya terpaksa dibatalkan kerana impak negatifnya sudah nyata.

    ReplyDelete
  11. Penduduk sendiri dan parti pembangkang meminta masalah bekalan elektrik diselesaikan. Bila kerajaan bertindak demikian, kenapa bantahan dilakukan?

    ReplyDelete
  12. benar kata buttercup..Siapa yang mahu menganti rugi penarikan semula pembinaan ini. Semua ini untuk kebaikkan penduduk itu sendiri juga. Kita harap pihak kerajaan memberikan penjelasana terperinci utama empangan ini dibina.

    ReplyDelete
  13. Bantahan ini mungkin dasar paksaan dari pihak lain. Sebenarnya penduduk tidak pernah membantah tapi pihak lain sengaja menjadikan ini isu untuk kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  14. bagi cadangan lain sebagai ganti kepada projek empangan Tambatuon..

    ReplyDelete
  15. I think the government has made a clear stance about this.

    ReplyDelete
  16. I think Sabah UMNO government is really SICK and no idea on how to solve Sabah problems.

    ReplyDelete
  17. Berapa kali dah aduan telah diberi untuk empangan ini?

    ReplyDelete
  18. Better reconsider this proposal.

    ReplyDelete
  19. Batalkan sajalah niat ini.

    ReplyDelete
  20. Harap empangan Tambatuon ini dibatalkan.

    ReplyDelete
  21. Temberang Mutalib M.D kunu belanja Sabahkini sebulan RM22,500

    http://shafieapdalproblog.blogspot.com/2011/05/belanja-sabahkini-rm22500-sebulan-bukti.html

    MARI MENGADAKAN LINK EXCHANGE KALAU SUDI

    ReplyDelete
  22. The government should listen to the people's views.

    ReplyDelete