Tuesday, August 19, 2008

Agusta sale comes back to haunt Proton

Could Proton Holdings Bhd please explain (once again) how it was advised to sell its 57.75% stake in the Italian bike maker Meccanica Verghera Agusta Motors (MV Agusta) for one euro (about the price of a plate of chicken rice), which the buyer, Gevi SpA, subsequently sold for a whopping RM358 million (€70 million) to Harley Davidson?
Precisely what was it that Proton missed out in MV Agusta that Harley Davidson saw worthwhile to fork out the money for? Or was Proton so naively led to believe that disposing of MV Agusta to Gevi SpA was its best option? more...

5 comments:

  1. why ACA has not act on this matter?if this matter is in Taiwan or korea, the whole cabinet & govt have to resign.
    Pls don't tell us this (resign) is not our culture!!!

    ReplyDelete
  2. when the share transaction in the process somebody fall asleep and dreaming of selling keropok udang RM1.00 per packet, then suddenly somebody ask him, how much the shares per unit? guess what is the answer as that old man is still dreaming.....

    ReplyDelete
  3. Filem sequel 'God of Gamblers' telah menaikkan nama Chow Yun Fat yang memegang watak sebagai Ko Chun, namun kembalinya 'God of Gamblers' Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Osu Haji Sukam ke persada politik Sabah telah menimbulkan pelbagai reaksi.

    Osu yang dilahir di Papar, Sabah pada 19 Februari 1949, sebelum ini sinonim dengan gelaran MR. OS (Orang Suruhan) merupakan Mantan Ketua Menteri Sabah yang ke 12 selepas mengambil alih jawatan Ketua Menteri 'Merry Go Round' pada 1999 daripada Tan Sri Bernard Dompok.

    Osu hanya dikenali sebagai 'God of Gamblers Sabah' selepas beliau tidak lagi menjadi Ketua Menteri namun masih menjadi Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua UMNO Bahagian Papar yang terpaksa meletakkan jawatan kerana terlibat dengan Skandal Judi dan berhutang sejumlah RM7,142,859.98 (USD 1.8 juta) dengan Ritz Hotel Casino Berhad, London.

    Kasino berkenaan telah berjaya mendapat perintah Mahkamah Tinggi England untuk menuntut hutang berkenaan, namun Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ian Chin menolak tuntutan berkenaan pada 5 Julai 2005 kerana bercanggah dengan prinsip rukunegara, tetapi pada 2007 Mahkamah Rayuan telah membenarkan tuntutan hutang judi berkenaan.

    "Dua dari prinsip falsafah negara iaitu Rukun Negara menyebut Kepercayaan Kepada Tuhan serta Kesopanan dan Kesusilaan, bermakna judi mengancam kebajikan awam dan bertentangan dengan Rukun Negara," ujar Ian Chin dalam penghakimannya.

    Osu yang menjadi ahli Parlimen Papar selama empat penggal telah berjasa kepada Datuk Musa Aman kerana telah mencadangkan beliau sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang baru pada hari 28 September 2001 dengan mengenepikan Datuk Salleh Tun Said yang ketika itu sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah.

    Berapa yang Musa bayar kepada Osu tidak diketahui, namun keghairahannya untuk menjadi Ketua Menteri telah membuatkan Musa memperjudikan nasibnya dengan membayar sejumlah wang kepada 'God Of Gamblers' ini agar menamakannya sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan anehnya dipersetujui oleh Presiden UMNO, ketika itu, Tun Dr Mahathir.

    Pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang cuba untuk membahaskan isu judi Osu telah ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib yang mengatakan Osu telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua UMNO Bahagian Papar dan kesnya telah ditutup buat selama-lamanya.



    Menurut Lim Kit Siang, Sistem Integriti Nasional telah gagal untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti dalam kes Osu iaitu bagaimana Mantan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi boleh menghabiskan wang sejumlah RM158.7 juta, kerugian RM31.6 juta dan mempunyai hutang judi tertunggak sejumlah RM7.1 juta dengan Ritz Hotel Casino, London selepas bersara daripada politik.

    Tegas Lim lagi, Osu bukan sahaja berjudi di London, malah turut menjadikan Melbourne Casino di Australia sebagai rumah kedua selepas Ritz Hotel Casino.



    Siapakah yang menjelaskan hutang judi Osu di Melbourne Casino tidak diketahui, namun menurut Pengarah Media Crown Casino, Melbourne, Gary O'Neil mengakui bahawa hutang judi Osu telah diselesaikan dan enggan memberitahu bagaimana hutang berkenaan diselesaikan kerana diklasifikasikan sebagai sulit.

    Rakyat Sabah mungkin terkilan bagaimana seorang Ketua Menteri yang hanya menerima gaji bulanan RM24,000 atau RM576,000 bagi tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri mampu meneruskan tabiat buruknya berjudi setelah setahun bersara.

    Osu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kawang dan menyambung pengajian peringkat menengah di Maktab Sabah, Kota Kinabalu sebelum melanjutkan pelajaran di Institute of Statistician di United Kingdom dan menyambung pengajiannya empat tahun lagi di University of Buckingham, England dalam jurusan statistik.

    Kerjaya politik bermula sebagai Ketua USNO Bahagian Papar pada tahun 1981 sebelum dipilih sebagai Timbalan Presiden USNO Pusat bagi penggal 1981/1983 dan pada masa yang sama turut menjadi Setiausaha Agung USNO bagi tempoh setahun pada 1982.

    Pada pilihan raya 1985, Osu memenangi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buang Sayang dan setahun berikutnya beliau memenangi kerusi DUN Sulaman atas tiket USNO namun meletakkan jawatan pada 1986 kerana bertanding di kerusi Parlimen Papar atas tiket Barisan Nasional (BN) dan memenanginya berikutan hasrat Osu untuk menyertai UMNO pada 1987.

    Osu dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Sementara UMNO Bahagian Papar sebelum secara rasmi menyertai UMNO pada 31 Januari 1991 dan mempertahankan kerusi Parlimen Papar pada pilihan raya 1990 dan dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Papar pada pemilihan 1992.

    Osu juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 1993 hingga 1996 dan kekal menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

    Beliau berkahwin dengan Datin Noredah Majimpi memulakan kariernya sebagai Pegawai Tadbir di Kementerian Pembangunan dan Industri Sabah pada 1972 sebelum menjadi Setiausaha di Kementerian Pembangunan, Perumahan pada 1973 dan seterusnya sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Kinabalu pada 1975.

    Osu telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Papar pada 1986 dan terus dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya bagi tempoh 1986 hingga 1989 sebelum berpindah ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan memegang potfolio yang sama sehingga 1994.

    Pada pilihanraya umum 1994, beliau turut bertanding dan menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Kawang dan dilantik sebagai Menteri Tanah dan Koperasi daripada 1994 hingga 1998 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah pada Jun 1998 hingga Mac 1999 dan seterusnya Ketua Menteri Sabah pada Mac 1999.

    Sepanjang perkhidmatannya selama 15 tahun bermula daripada Timbalan Menteri Kerjaraya pada 1986 hingga Ketua Menteri Sabah pada 1999, Osu telah empat kali mengistiyharkan hartanya dan sewajarnya menjadi asas kepada BPR yang sinonim dengan gelaran 'Harimau Tak Bergigi' untuk menyiasat punca kekayaannya sama ada didapati dengan jalan curang atau sah.



    Affidavit Pengurus Judi Ritz Hotel Casino, Robert William Whitehall pada 29 Mei 2005 perlu dikaji secara mendalam kerana beliau mendakwa bahawa;


    Osu memohon menjadi ahli Kasino berkenaan pada 8 Julai 2000 ketika beliau masih menjadi Ketua Menteri Sabah.
    Osu diberi kemudahan penunaian cek sejumlah £500,000 pada 11 Februari 2002 dan ditingkatkan kepada £1.5 juta pada 7 Mei 2002.
    Osu berjudi 'setiap hari' setiap kali berkunjung ke London pada Februari, April, Mei dan September 2002.
    Pada 9 September 2002, Osu berjudi £2 juta dan kalah £1,757,000.
    Daripada 9 September 2002 hingga 15 September 2002, Osu telah berjudi sejumlah £23,480,000 dan kalah £4,683,300.
    Osu turut berjudi di kasino lain seperti di Crockfords, Colony dan Rendezvous.

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyifatkan Osu gagal sebagai pemimpin yang baik kepada rakyat ekoran kegiatannya dalam perjudian sehingga berhutang sebanyak RM7.1 juta.

    Pak Lah yang melahirkan rasa sedih dengan keadaan itu menegaskan, Osu sepatutnya menunjukkan nilai-nilai yang baik serta boleh dicontohi iaitu kepimpinan melalui teladan.

    "Perkara ini telah mencemar kepimpinan beliau kerana pemimpin tak sepatutnya terlibat dengan kegiatan yang haram di segi agama dan tak bermoral dipandang masyarakat,'' katanya lagi yang menegaskan Osu mesti mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan kredibilitinya.

    Berdasarkan pandangan ini, Pak Lah benar-benar jijik dengan perjudian dan tidak boleh menerima seorang pemimpin yang dikaitkan dengan judi namun umum berpendapat Pak Lah gagal sebagai seorang pemimpin yang sibuk mendaulatkan Islam Hadhari tetapi merestui kewujudan industri judi dan menghalalkan perjudian dengan mengeluarkan lesen judi kepada pusat judi yang bercambah bagaikan rumah setinggan.



    Mengikut Hansard Dewan Negara, pada 15 Disember 2004, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Hilmi Yahya ketika menjawab soalan Senator Datuk Ratnam a/l Muthiah di Dewan Negara berkata;

    "Kerajaan tidak bercadang menghentikan aktiviti perjudian secara berlesen di negara ini kerana mahu bersikap adil terhadap masyarakat bukan Islam di samping membendung kegiatan bookie haram.

    Sehingga kini terdapat 1,822 lesen diberikan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti ini, sama ada cabutan loteri Magnum, Toto, 1+3D dan kegiatan judi di premis-premis hiburan,'' katanya yang menyifat perjudian sebagai budaya kepada kaum tertentu.

    Lebih memberangsangkan Hilmi mengaku jika Kerajaan mengurangkan cabutan kepada sekali seminggu, kerajaan akan mengalami kehilangan cukai sejumlah RM620 juta dalam tempoh satu tahun!.

    Tidak cukup dengan kehebatannya sebagai 'God of Gamblers Sabah', Osu turut terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan Skandal Rasuah sejumlah RM300 juta ketika menjadi Ketua Menteri Sabah bagi tempoh 1999 hingga 2001.

    Rakyat Sabah masih tertanya-tanya apa terjadi dengan siasatan BPR Sabah berhubung Skandal Meter Air yang melibatkan kerajaan Negeri Sabah kerugian beratus juta ringgit dan melibatkan Osu secara peribadi?.

    Persoalannya kenapa BPR tidak menyiasat kes penyalahgunaan kuasa Osu yang menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah untuk membiayai kos perjalanan ke seluruh Kasino di dunia dan membiayai penginapannya di hotel mewah dengan wang kerajaan negeri Sabah?

    Osu bukannya bersendirian, sebaliknya membawa kuncu-kuncunya seperti Ah Kau (Macai Datuk Sng Chee Hua), Mohd Puyun (orang kepercayaan Tun Mustapha yang merancang Rusuhan 1986), Mat Salleh dan pegawai polis berpangkat DSP yang kesemuanya dibiayai dengan peruntukan Kerajaan Negeri Sabah.

    Percubaan Osu untuk kembali sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar mendorong Pemangku Ketua Umno Bahagian Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail menghantar surat kepada ibu pejabat UMNO bagi mendapat pengesahan status kelayakan Osu Sukam berikutan desakan ahli yang mahukan kepastian sama ada Osu berhak bertanding atau sebaliknya.

    Rahim menegaskan ada pihak yang mempunyai kaitan dengan Osu mendakwa kononnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu bekas Ketua Umno Bahagian Papar itu kembali aktif berpolitik.

    "Kebelakangan ini terutama dua minggu lalu, `kempen berbisik' semakin menjadi-jadi di Papar dengan menggunakan nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Umno dan ini perlu dihentikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan parti jika dibiar berterusan. Demi kebaikan semua pihak, kita akan dapatkan penjelasan mengenai status beliau (Osu) daripada ibu pejabat Umno," katanya selepas melancarkan mesyuarat Umno cawangan Kampung Surati.

    Pada 18 Julai 2008, Musa mengatakan tidak menyedari Osu bercadang untuk bertanding merebut kembali jawatan Ketua UMNO Bahagian Papar yang terpaksa dilepaskannya untuk dipangku timbalannya, Datuk Abdul Rahim Ismail, tetapi dalam masa yang sama Musa telah mengarahkan Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar membantu Osu Sukam!

    "Tidak, saya tidak menerima sebarang berita (Osu bertanding), tetapi sesiapa sahaja yang layak, mereka boleh bertanding," kata Musa selepas melancarkan persidangan Institut Akauntan Sabah baru-baru ini.

    Kini, sebelum terfikir untuk kembali aktif berpolitik, Osu sewajarnya menilai kesilapan silam dan tidak menjadikan UMNO Papar sebagai Rumah Perjudian dengan mengamalkan politik wang dan amat menarik kerana Osu menjelaskan kepada penyokongnya bahawa Pak Lah ingin dia kembali aktif berpolitik dan Musa merestuinya dengan memberikan bantuan kewangan untuk menentang musuh ketatnya, Abdul Rahim Ismail yang mula panas punggung kerana cuba diliwat dengan permainan politik Osu!.
    =====================================
    Sementara itu,

    Siapa Bebaskan Michael Chia?

    Pembebasan Michael Chia, adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman oleh Mahkamah Tinggi Hong Kong pada petang isnin mengejutkan banyak pihak terutama Interpol yang telah berusaha menjejak kegiatan haram Michael sejak tiga tahun lalu.

    Menurut maklumat, Michael Chia yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong atas tuduhan Penggubahan Wang Haram dan Penyeludupan Wang telah dibebaskan dengan ikat jamin dengan deposit tunai berjuta ringgit (jumlah sebenar tidak diketahui) di samping mengemukakan dua orang penjamin tempatan.

    Seorang warganegara Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Hong Kong, Mr V @ Ngui yang dianggap sebagai 'Taiko Tai' (Abang Besar) bagi pembalak di Sabah memainkan peranan penting membayar jaminan dan mengemukakan dua orang penjamin tempatan setelah akaun bersama Michael Chia dan Musa Aman dibekukan serta merta dan wang yang diseludup keluar dirampas.

    Mr V menjadi pakar rujuk bagi warganegara Malaysia di Hong Kong kerana sikapnya yang peramah dan banyak membantu pembalak (halal dan haram) mendapatkan pendahuluan tunai atau pinjaman tanpa cagaran dan hanya memotong pinjaman berkenaan setelah pembalak mengeksport kayu balak kepadanya.

    Antara taukeh balak yang pernah mendapatkan pinjaman khas daripada Mr V termasuklah Datuk Admund Looi, Andrew Lim dan John Nip.

    Pembebasan Michael Chia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan memberi kata kunci kepada BPR untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana pasport yang berada di dalam tangan BPR boleh terlepas kepada Michael Chia yang amat dikehendaki oleh polis Hong Kong dan Interpol?

    Petang tadi (Selasa 19 Ogos 2008), Michael Chia kelihatan bangga memandu Lamborghininya setelah jet peribadinya mendarat di Lapangan Terbang Sandakan, seolah-olah tidak berlaku apa-apa sekalipun ditahan selama empat malam di lokap Balai Polis Hong Kong.

    Musa Aman yang gelisah dengan berita penangkapan itu semakin gelabah kerana diwawancara beberapa wartawan, namun menafikan beliau terlibat sebaliknya mendengus bahawa beliau kini tahu siapa 'Deep Throat' Sabah yang menulis berita ini!

    COME AND CATCH ME !!!

    ReplyDelete
  4. With all these hanky panky and revelation it's time to vote DSAI back to Parliament and see what his PR Coalition can do either 16/9 or PRU 13.

    ReplyDelete
  5. bunch of politician here think they are better than car engineers and know how to run auto company...

    SAPP please answer me this when BMW
    sell Rover for 10pound what you call
    that...corruption??mismanagement??
    incompetent??

    ReplyDelete