Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Sabah Tidak Perlu 1Malaysia

Sabah tidak memerlukan konsep 1Malaysia kerana perpaduan dikalangan rakyat sudah lama terjalin di negeri ini.

Bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor berkata, perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Sabah bukan sesuatu perkara baru kerana keadaan itu sudah diamalkan sejak sekian lama.

"Kita di Sabah tidak memerlukan 1Malaysia. Perpaduan rakyat dari pelbagai suku kaum di negeri Sabah ini sudah lama ada dan kalau tidak silap saya sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi," katanya.

Mohd Noor berkata, perpaduan rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai suku kaum sentiasa kukuh dan tidak pernah goyah.