Wednesday, January 15, 2014

Sabah IC melindungi hak keistimewaan orang Sabah

KOTA KINABALU, Januari 15, 2014: Pendedahan pendatang asing tanpa izin (PTI) yang mendapat Mykad dan seterusnya jadi pengundi di Sabah dilaporkan semasa pendengaran saksi saksi di hadapan Jawatankuasa Suruhanjaya DiRajah (RCI) mengenai masalah PTI di Sabah.

Pendedahan 60% murid orang asing yang bersekolah di sekolah rendah kerajaan di Putatan adalah manifestasi hak rakyat Sabah semakin diboloti oleh orang asing.

Rakyat Sabah semakin bimbang generasi anak watan sudah tidak menikmati erti kemerdekaan apabila negeri mereka hilang kuasa untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negeri Sabah.
Pihak SAPP menuntut laporan RCI yang dikemukakan kepada kerajaan supaya dapat juga dilaporkan kepada orang awam agar kesahihan pemberian Mykad samada melalui Projek IC mahupun melalui sindiket dapat didedahkan secara terbuka.

Disamping itu rekomendasi RCI untuk mengatasi PTI dan pemberian kewarganegaraan kepada orang asing juga dapat diketahui umum.

SAPP telah hantar memorandum kepada pihak RCI selepas presiden SAPP diminta oleh RCI kemukakan cadangan bagaimana cara mengatasi masalah PTI yang mendapat Mykad.

Demi menjaga hak dan kedaulatan rakyat dan negeri Sabah, SAPP telah mencadangkan kepada RCI suatu kaedah untuk mengwujudkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) untuk rakyat Sabah yang tulin.

Cadangan ini juga terkandung dalam Manifesto SAPP pada PRU13.

Semua urusan kerajaan negeri Sabah seperti permohonan tanah, lesen perniagaan, biasiswa, subsidi kerajaan dan lain lain keistimewaan harus guna Sabah IC.

Disamping guna Sabah IC rakyat Sabah masih perlu guna Mykad untuk kewarganegaraan.

Dengan adanya Sabah IC maka dapatlah kita bezakan orang asing yang mempunyai Mykad dengan orang asli Sabah.

Orang orang semenanjung Malaysia dan Sarawak yang sudah lama menetap di Sabah layak memohon.

Pengeluaran Sabah IC boleh dilakukan dengan keazaman politik dan berdasarkan hak keistimewaan untuk melindungi hak hak Sabah dalam perjanjian pembentukan Malaysia.

Oleh Edward Dagul, Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP)

No comments:

Post a Comment